Selamat Datang ke Blog MGB Semporna. "MGB Semporna, Bersatu Mendepani Cabaran, Mengungguli Perubahan".

Rabu, 7 Oktober 2020

Pada 5hb.10.2020 (Isnin) MGBDS diwakili oleh YDP (En. Ise b. Kabbulia diiringi oleh AJK Tertinggi MGBDS En. Motahar b. Janani (Setiausaha Kehormat), En Armi (AJK), En. Mohammad b. Ispal (N. YDP) En. Ahmat Sapie ( Tim. YDP) dan En Pairin Intang (Bendahari MGBDS) telah menyerahkan sumbangan PPE dan Wang Tunai kepada Wakil Hospital Daerah Semporna bagi membantu meringan sedikit bebanan pihak Kakitangan Hospital yang terlibat sebagai Barisan Hadapan yang bertungkus lumus memerangi penularan Wabak C19. Penyerahan sumbangan ini turut disaksikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Semporna, Pn. Linna Hasin.

Semoga dengan sedikit bantuan yang diberikan ini dapatlah meringankan sedikit beban disamping sebagai motivasi kepada Barisan Hadapan menandakan mereka tidak bersendirian dalm usaha menangani Pandemik C 19 ini. Bagi pihak semua warga Pendidik Daerah Semporna kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para Barisan Hadapan dalam usaha mereka mencegah penularan dan merawat para pesakit C19. Kami mendoakan semoga para Barisan Hadapan dan keluarga mereka sentiasa dilindungi Allah SWT.

#KITA JAGA KITA#

Rabu, 16 September 2020

MALAM TITIPAN KASIH UNTAIAN RASA (MALAM KASIH LASAH)



Pada 15hb. September 2020, Majlis Guru Besar Daerah Semporna telah mengadakan sambutan persaraan Guru-Guru Besar yang bersara pada tahun 2019 dan 2020.

Majlis ini telah diadakan di dewan Sk. Bubul Semporna. Seramai 10 orang Guru Besar bersara wajib dan pilihan telah dirai dalam Majlis tersebut. 

Guru-guru Besar diraikan adalah seperti berikut:


1.    Hj Rukkan Hj. Madtarasan  ( Mantan GB Sk. Sg. Tohok )

2.    Hj. Salleh Musa                   ( Mantan GB Sk. Bangau-Bangau )

3.    Marcellinus J. Omar            ( Mantan GB Sk. Bugaya )

4.    Hj. Basir Marahil                 ( Mantan GB. Sk. Pekan Semporna )

5.    Hj. Ramli Saad                    ( Mantan GB. Sk. Bubul )

6.    Hj. Karim Hj. Ubah             ( Mantan GB. Sk. Kabogan )

7.    Hjh. Nursiah Hinayat           ( Mantan GB. Sk. Terusan Baru )

8.    Hjh Sabtiah Hj. Lakim         ( Mantan GB. Sk. Pokas )

9.    Hjh Rusizah Basiran            ( Mantan GB. Sk. Tg Kapor )

10.  Alpiah Laja Ali                    ( Mantan GB. Sulabayan )


Majlis ini turut dihadiri oleh Pn Linna Hasin  (PPD Semporna ), Datuk Melali Hj. Mali  ( Pengerusi Persatuan Guru Bersara Daerah Semporna) dan Tn Hj. Marinsah ( Tim Pengerusi Persatuan Guru Bersara Daerah Semporna.)


GAMBAR KENAGAN BERSAMA GURU2 BESAR BERSARA YG DIRAIKAN
DAN TETAMU JEMPUTAN