Selamat Datang ke Blog MGB Semporna. "MGB Semporna, Bersatu Mendepani Cabaran, Mengungguli Perubahan".

Rabu, 7 Oktober 2020

Pada 5hb.10.2020 (Isnin) MGBDS diwakili oleh YDP (En. Ise b. Kabbulia diiringi oleh AJK Tertinggi MGBDS En. Motahar b. Janani (Setiausaha Kehormat), En Armi (AJK), En. Mohammad b. Ispal (N. YDP) En. Ahmat Sapie ( Tim. YDP) dan En Pairin Intang (Bendahari MGBDS) telah menyerahkan sumbangan PPE dan Wang Tunai kepada Wakil Hospital Daerah Semporna bagi membantu meringan sedikit bebanan pihak Kakitangan Hospital yang terlibat sebagai Barisan Hadapan yang bertungkus lumus memerangi penularan Wabak C19. Penyerahan sumbangan ini turut disaksikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Semporna, Pn. Linna Hasin.

Semoga dengan sedikit bantuan yang diberikan ini dapatlah meringankan sedikit beban disamping sebagai motivasi kepada Barisan Hadapan menandakan mereka tidak bersendirian dalm usaha menangani Pandemik C 19 ini. Bagi pihak semua warga Pendidik Daerah Semporna kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para Barisan Hadapan dalam usaha mereka mencegah penularan dan merawat para pesakit C19. Kami mendoakan semoga para Barisan Hadapan dan keluarga mereka sentiasa dilindungi Allah SWT.

#KITA JAGA KITA#