Selamat Datang ke Blog MGB Semporna. "MGB Semporna, Bersatu Mendepani Cabaran, Mengungguli Perubahan".

Jumaat, 23 Julai 2021

 Hari ini Mesyuarat Agung dan Pemilihan AJK MGBDS bagi sesi 2021 - 2023 telah diadakan di Bilik Bohey Dulang PPD Semporna. Mesyuarat ini diadakan secara bersemuka dan google meet.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh PPD.



Pemilihan AJK diadakan secara undian online. Berikut keputusan pemilihan AJK MGB bagi sesi 2021 - 2023





Rabu, 7 Oktober 2020

Pada 5hb.10.2020 (Isnin) MGBDS diwakili oleh YDP (En. Ise b. Kabbulia diiringi oleh AJK Tertinggi MGBDS En. Motahar b. Janani (Setiausaha Kehormat), En Armi (AJK), En. Mohammad b. Ispal (N. YDP) En. Ahmat Sapie ( Tim. YDP) dan En Pairin Intang (Bendahari MGBDS) telah menyerahkan sumbangan PPE dan Wang Tunai kepada Wakil Hospital Daerah Semporna bagi membantu meringan sedikit bebanan pihak Kakitangan Hospital yang terlibat sebagai Barisan Hadapan yang bertungkus lumus memerangi penularan Wabak C19. Penyerahan sumbangan ini turut disaksikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Semporna, Pn. Linna Hasin.

Semoga dengan sedikit bantuan yang diberikan ini dapatlah meringankan sedikit beban disamping sebagai motivasi kepada Barisan Hadapan menandakan mereka tidak bersendirian dalm usaha menangani Pandemik C 19 ini. Bagi pihak semua warga Pendidik Daerah Semporna kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para Barisan Hadapan dalam usaha mereka mencegah penularan dan merawat para pesakit C19. Kami mendoakan semoga para Barisan Hadapan dan keluarga mereka sentiasa dilindungi Allah SWT.

#KITA JAGA KITA#

Rabu, 16 September 2020

MALAM TITIPAN KASIH UNTAIAN RASA (MALAM KASIH LASAH)



Pada 15hb. September 2020, Majlis Guru Besar Daerah Semporna telah mengadakan sambutan persaraan Guru-Guru Besar yang bersara pada tahun 2019 dan 2020.

Majlis ini telah diadakan di dewan Sk. Bubul Semporna. Seramai 10 orang Guru Besar bersara wajib dan pilihan telah dirai dalam Majlis tersebut. 

Guru-guru Besar diraikan adalah seperti berikut:


1.    Hj Rukkan Hj. Madtarasan  ( Mantan GB Sk. Sg. Tohok )

2.    Hj. Salleh Musa                   ( Mantan GB Sk. Bangau-Bangau )

3.    Marcellinus J. Omar            ( Mantan GB Sk. Bugaya )

4.    Hj. Basir Marahil                 ( Mantan GB. Sk. Pekan Semporna )

5.    Hj. Ramli Saad                    ( Mantan GB. Sk. Bubul )

6.    Hj. Karim Hj. Ubah             ( Mantan GB. Sk. Kabogan )

7.    Hjh. Nursiah Hinayat           ( Mantan GB. Sk. Terusan Baru )

8.    Hjh Sabtiah Hj. Lakim         ( Mantan GB. Sk. Pokas )

9.    Hjh Rusizah Basiran            ( Mantan GB. Sk. Tg Kapor )

10.  Alpiah Laja Ali                    ( Mantan GB. Sulabayan )


Majlis ini turut dihadiri oleh Pn Linna Hasin  (PPD Semporna ), Datuk Melali Hj. Mali  ( Pengerusi Persatuan Guru Bersara Daerah Semporna) dan Tn Hj. Marinsah ( Tim Pengerusi Persatuan Guru Bersara Daerah Semporna.)


GAMBAR KENAGAN BERSAMA GURU2 BESAR BERSARA YG DIRAIKAN
DAN TETAMU JEMPUTAN



Jumaat, 3 Ogos 2018

Hari ini Majlis Guru Besar Daerah Semporna telah melakukan khidmat sosial dengan memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran Kampung Air Semporna yang ditempatkan sementara di dewan Belia Daerah Semporna. Sumbangan itu telah disampaikan oleh En. Isre Hj, Kabbulia YDP MGBDS. Turut hadir dalam Majlis penyampaian sumbangan itu, En. Motahar b. Janani (Setiausaha MGB), En. Pairin b Intang (Bendahari MGB), Ust Hassan b. Mat, En. Ainal b. Abu Nawas dan En Budlaji b. Tianggi.


Sabtu, 28 Julai 2018

Hari ini, Program Pecutan UPSR DTP 2.0 Sekolah-Sekolah Zon Pulau Bum-Bum Daerah Semporna telah dirasmi oleh En. Dzulkifli b. Hj. Ali Basha Pegawai Pendidikan Daerah Semporna berpusat di Sekolah Pusat Bum-Bum. Lapan buah sekolah di Zon Pulau Bum-Bum telah menyertai Program ini. Sekolah-sekolah berkenaan ialah SPSK Bum-Bum, Sk Balimbang, Sk. Labuan Haji, Sk. Sisipan, Sk. Egang-Egang, Sk. Hampalan, Sk. Tongkalloh dan Sk. Terusan Baru dengan bilangan murid tahun enam seramai 150 orang. Program ini adalah anjuran bersama MGBDS dan PPDS yang bertujuan untuk mempastikan prestasi UPSR sekolah-sekolah terlibat dapat dipertingkatkan dengan sekurang-kurangnya murid-murid terlibat memperolehi pencapaian tahap minima dalam UPSR tahun 2018 ini.
Perlaksanaan program ini, turut melibatkan penyertaan Alumni Pelajar-pelajar UMS yang berperanan sebagai pembimbing kepada murid-murid semasa mereka membuat aktiviti latihan menjawab soalan UPSR.






Selasa, 10 Julai 2018




Pada 04hb.07.2018 bersamaan hari Rabu pukul 8.00 malam, Majlis Guru Besar Daerah Semporna telah mengadakan Majlis makan malam bagi meraikan Dato' Hj Mahmud b. Karim, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia bersama dengan romboganya yang terdiri dari En. Mohd Norlizam b. Mohd Razali (Pegawai BPG), En. Riduan b. Yacob (BPG KPM) Pn. Nur Fitrina bt. Kamarudin (Pegawai PADU KPM), Dr Dewi Isma bt. Madzlan (Penolong Pengarah Unit Bahasa, SPA JPN dan En. Ramuald  Moutiol. Manakala ahli MGB yang hadir dalam Majlis tersebut terdiri dari En. Isre b. Kabulia (YDP), En. Ahmat Sapie (T/YDP), Motahar b. Janani (SU), En. Mohammad b. Ispal (NYDP), En. Baknan b. Ali Lampong (NYDP), En. Pairin b. Intang (Bendahari) dan En. Abd Sie b. Damse (AJK). Dalam majlis tersebut Dato' Hj. Mahmud sempat berkongsi tips dan pengalaman beliau sepanjang kerjaya beliau. 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBH Dato' atas perkongsian yang sangat bermakna semoga ia menjadi panduan kepada ahli-ahli MGBDS yang hadir. 







Ahad, 10 Jun 2018

Pada 5hb.06.2018, Majlis Guru Besar Negeri Sabah telah melakukan kunjungan hormat kepada Menteri Pendidikan dan Inovasi Negeri Sabah, YB Datuk Dr. Yusof. Rombongan diketuai oleh En. Yusof Minin YDP MGBNS dengan bilangan peserta seramai 33 orang yang teridiri daripada Exco/AJK MGB Negeri dan Daerah. MGB Daerah Semporna diwakili oleh En. Isre Hj. Kabbulia (YDP MGBDS), En. Motahar b. Janani (Setiausaha MGBDS) dan Tn Hj. Aziz b. Hj Wahab. Dalam kunjungan ini, wakil-wakil MGB Negeri dan Daerah telah menyuarakan berbagai masalah dan pandangan untuk kepentingan Pendidikan anak-anak Sabah. Antara yang telah dikemukakan ialah masalah kekurangan kemudahan prasarana sekolah terutamanya sekolah-sekolah luar bandar.