Hari ini, Program Pecutan UPSR DTP 2.0 Sekolah-Sekolah Zon Pulau Bum-Bum Daerah Semporna telah dirasmi oleh En. Dzulkifli b. Hj. Ali Basha Pegawai Pendidikan Daerah Semporna berpusat di Sekolah Pusat Bum-Bum. Lapan buah sekolah di Zon Pulau Bum-Bum telah menyertai Program ini. Sekolah-sekolah berkenaan ialah SPSK Bum-Bum, Sk Balimbang, Sk. Labuan Haji, Sk. Sisipan, Sk. Egang-Egang, Sk. Hampalan, Sk. Tongkalloh dan Sk. Terusan Baru dengan bilangan murid tahun enam seramai 150 orang. Program ini adalah anjuran bersama MGBDS dan PPDS yang bertujuan untuk mempastikan prestasi UPSR sekolah-sekolah terlibat dapat dipertingkatkan dengan sekurang-kurangnya murid-murid terlibat memperolehi pencapaian tahap minima dalam UPSR tahun 2018 ini.
Perlaksanaan program ini, turut melibatkan penyertaan Alumni Pelajar-pelajar UMS yang berperanan sebagai pembimbing kepada murid-murid semasa mereka membuat aktiviti latihan menjawab soalan UPSR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan