Majlis Guru Besar merupakan satu organisasi yang dibentuk dan dianggotai oleh semua Guru Besar Sekolah Kebangsaan ,Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang terdapat di Daerah Semporna bernaung dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Majlis Guru Besar Daerah Semporna telah wujud sejak lebih kurang 40 Tahun lalu.. Majlis Guru Besar diuruskan oleh Ahli Jawatankuasa yang dipilih melalui mesyuarat agung yang diadakan setiap 2 tahun yang diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Guru Besar dan dibantu Timabalan Yang Dipertua dan beberapa orang jawatan kuasa yang dilantik.
Pada masa ini, Majlis Guru Besar Daerah Semporna dipimpin oleh En. Mohd Said Bin Abd. Jalil selaku Yang Dipertua Majlis. Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Tertinggi MGB:
Yang Dipertua: En. MOHD SAID BIN ABDUL JALIL
Timbalan Yang Dipertua: En. ISRE BIN KABBULIA
Naib Yang Dipertua 1 En. SALASA BIN MOHD SABAR
Naib Yang Dipertua 2: En. MOHAMMAD BIN ISPAL
Setiausaha Kehormat: En. MOTAHAR BIN JANANI
Penolong Setiausaha: Pn. NOR WAHIDA BINTI MD LAZIM
Bendahari: Pn. NURSIAH BINTI HINAYAT
Sejak kewujudannya, MGB Semporna telah memainkan peranannya membantu PPDS dalam usaha meningkatkan prestasi pendidikan daerah, terutamanya dalam peperiksaan UPSR. MGB Semporna telah merancang dan melaksanakan beberapa program untuk membantu murid-murid yang menduduki peperiksaan UPSR. Usaha murni MGB telah terbukti kejayaannya, dimana pada tahun-tahun penglibatannya, prestasi LINUS dan UPSR Daerah semporna berjaya dilonjakkan setanding dengan prestasi daerah-daerah lain di Negeri Sabah. MGB Semporna sentiasa berusaha dengan penuh gigih untuk membantu peningkatkan prestasi akademik daerah dari masa ke masa.
Tujuan dan Peranan MGB
- Mengeratkan hubungan muhibbah di kalangan Guru Besar bagi semua jenis sekolah rendah dalam Daerah Semporna.
- Memberi kerjasama kepada Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melicinkan perlaksanaan dan keperluan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
- Membantu dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha mempertingkat dan memperkasa prestasi menyeluruh sekolah- sekolah rendah.
- Berkolaboratif dan berkongsi maklumat mengenai pengalaman pentadbiran dan kaedah meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah rendah.
- Berusaha memperjuangkan hak dan fungsi Guru Besar selaras dengan peraturan, kehendak dalam Perintah Am serta surat pekeliling perkhidmatan dari masa ke masa.
- Mendukung, mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara.
Hala tuju mgb
- Meningkatkan Prestasi Akademik.
- Meningkatkan kualiti Pengurusan Sekolah.
- Meningkatkan hubungan / kerjasama dengan Ibubapa , Komuniti dan Kepimpinan serta Agensi-agensi tertentu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan