Selamat Datang ke Blog MGB Semporna. "MGB Semporna, Bersatu Mendepani Cabaran, Mengungguli Perubahan".

Selasa, 27 Februari 2018

Pada 27h.Feb 2018. MGB telah mengadakan Majlis Makan Malam dan Santai Karaoke bagi meraikan kedatangan rombongan MGB Daerah Beluran  yang telah mengadakan lawatan Penandarasan perlaksanaan kelas LINUS dan Pemulihan ke sekolah HUMANA di Kg Hidayat, Sk. Balimbang dan Sk. Kg Simunul Semporna.
Majlis makan malam ini diadakan di Sk. Pekan Semporna. Turut hadir dalam Majlis makan malam ini En. Dzulkifli Hj. Ali Basha (PPD Semporna), Tetamu kehormat Tn Hj. Raduan B. Hj. Abd Rahman (PPD Kunak), En. Ibnu Hj. Jaani (Pegawai SIP+) dan beberapa orang pegawai dari PPD Semporna. 
Majlis ini berakhir pada pukul 11.00pm









Khamis, 22 Februari 2018

Mesyuarat Majlis Guru Besar Daerah Semporna Bil, 1/2018 telah diadakan pada hari ini 22hb.03.2018 bermula pada pukul 9.00am hingga 11.00am bertempat di Bilik Gerakan SABK, Semporna.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YDP MGBDS, En. Mohd Said Bin Hj. Abd Jalil.
Antara perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ini, ialah sambutan Lawatan MGB Daerah Beluran dan penetapan tarikh mengadakan Mesyuarat Agung dan pemilihan AJK MGBDS bagi sesi 2018 - 2020. Sidang telah bersetuju bahawa tarikh Mesyuarat Agung ialah pada 10hb.03.2018. 


Sabtu, 10 Februari 2018

Hari ini Perlawanan Persahabatan Badminton antara Pejabat Pendidikan Daerah Semporna dengan Majlis Guru Besar Daerah Semporna telah diadakan di dewan Marin Semporna.
Perlawanan ini bermula pada jam 7.00 hingga 9.00 pm.
Objektif perlawanan, disamping sebagai riadah untuk kesihatan, ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pegawai-pegawai di PPDS dengan guru-guru besar yang terlibat. Disamping bermain, mereka berkesempatan mengadakan perbincangan dan berkongsi idea berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Pasukan PPDS diwakili oleh oleh:
En. Borhan (Ketua Unit Peperiksaan), En. Azaman, En Jeferen, En. Jasmie, Ust. Mohd Ali, Ust Khairi dan En Kahil. Manakala pasukan MGBDS diwakili oleh En. Motahar (SU MGBDS. yang juga GB SP.SK. Bum-Bum), En. Baknan (GB Sk. Tampi-Tampi), En Abd Sie (GB Sk. Sisipan), En. Arifin (GB Sk. Denawan), Ust Hassan Mat (GB Sk. Mabul) dan pemain jemputan terdiri dari Penolong-Penolong kanan iaitu En. Lakim (PK SP.SK. Bum-Bum), En Zakariah (PK. Sk. Sisipan), En. Muchtar (Pk. Sk. Tampi-Tampi),  En Lawaddin (Pk. Sk. Tongkalloh dan En Jaafar Payasan Pk. Tingkatan 6 SMK. Bum-Bum).