Hari ini Perlawanan Persahabatan Badminton antara Pejabat Pendidikan Daerah Semporna dengan Majlis Guru Besar Daerah Semporna telah diadakan di dewan Marin Semporna.
Perlawanan ini bermula pada jam 7.00 hingga 9.00 pm.
Objektif perlawanan, disamping sebagai riadah untuk kesihatan, ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pegawai-pegawai di PPDS dengan guru-guru besar yang terlibat. Disamping bermain, mereka berkesempatan mengadakan perbincangan dan berkongsi idea berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
En. Borhan (Ketua Unit Peperiksaan), En. Azaman, En Jeferen, En. Jasmie, Ust. Mohd Ali, Ust Khairi dan En Kahil. Manakala pasukan MGBDS diwakili oleh En. Motahar (SU MGBDS. yang juga GB SP.SK. Bum-Bum), En. Baknan (GB Sk. Tampi-Tampi), En Abd Sie (GB Sk. Sisipan), En. Arifin (GB Sk. Denawan), Ust Hassan Mat (GB Sk. Mabul) dan pemain jemputan terdiri dari Penolong-Penolong kanan iaitu En. Lakim (PK SP.SK. Bum-Bum), En Zakariah (PK. Sk. Sisipan), En. Muchtar (Pk. Sk. Tampi-Tampi), En Lawaddin (Pk. Sk. Tongkalloh dan En Jaafar Payasan Pk. Tingkatan 6 SMK. Bum-Bum).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan