Selamat Datang ke Blog MGB Semporna. "MGB Semporna, Bersatu Mendepani Cabaran, Mengungguli Perubahan".

Sabtu, 28 Julai 2018

Hari ini, Program Pecutan UPSR DTP 2.0 Sekolah-Sekolah Zon Pulau Bum-Bum Daerah Semporna telah dirasmi oleh En. Dzulkifli b. Hj. Ali Basha Pegawai Pendidikan Daerah Semporna berpusat di Sekolah Pusat Bum-Bum. Lapan buah sekolah di Zon Pulau Bum-Bum telah menyertai Program ini. Sekolah-sekolah berkenaan ialah SPSK Bum-Bum, Sk Balimbang, Sk. Labuan Haji, Sk. Sisipan, Sk. Egang-Egang, Sk. Hampalan, Sk. Tongkalloh dan Sk. Terusan Baru dengan bilangan murid tahun enam seramai 150 orang. Program ini adalah anjuran bersama MGBDS dan PPDS yang bertujuan untuk mempastikan prestasi UPSR sekolah-sekolah terlibat dapat dipertingkatkan dengan sekurang-kurangnya murid-murid terlibat memperolehi pencapaian tahap minima dalam UPSR tahun 2018 ini.
Perlaksanaan program ini, turut melibatkan penyertaan Alumni Pelajar-pelajar UMS yang berperanan sebagai pembimbing kepada murid-murid semasa mereka membuat aktiviti latihan menjawab soalan UPSR.






Selasa, 10 Julai 2018




Pada 04hb.07.2018 bersamaan hari Rabu pukul 8.00 malam, Majlis Guru Besar Daerah Semporna telah mengadakan Majlis makan malam bagi meraikan Dato' Hj Mahmud b. Karim, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia bersama dengan romboganya yang terdiri dari En. Mohd Norlizam b. Mohd Razali (Pegawai BPG), En. Riduan b. Yacob (BPG KPM) Pn. Nur Fitrina bt. Kamarudin (Pegawai PADU KPM), Dr Dewi Isma bt. Madzlan (Penolong Pengarah Unit Bahasa, SPA JPN dan En. Ramuald  Moutiol. Manakala ahli MGB yang hadir dalam Majlis tersebut terdiri dari En. Isre b. Kabulia (YDP), En. Ahmat Sapie (T/YDP), Motahar b. Janani (SU), En. Mohammad b. Ispal (NYDP), En. Baknan b. Ali Lampong (NYDP), En. Pairin b. Intang (Bendahari) dan En. Abd Sie b. Damse (AJK). Dalam majlis tersebut Dato' Hj. Mahmud sempat berkongsi tips dan pengalaman beliau sepanjang kerjaya beliau. 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBH Dato' atas perkongsian yang sangat bermakna semoga ia menjadi panduan kepada ahli-ahli MGBDS yang hadir.