Selamat Datang ke Blog MGB Semporna. "MGB Semporna, Bersatu Mendepani Cabaran, Mengungguli Perubahan".

Sabtu, 24 Mac 2018



Hari ini Majlis Perasmian Penyerahan Bantuan Kerusi ke sekolah-sekolah di daerah Semporna telah disempurnakan oleh YB Datuk Ramli B. Marhaban ADUN N54 Bugaya merangkap Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah. Majlis ini telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 400 orang yang terdiri dari Guru-Guru Besar bersama Para Penolong Kanan dan 3 orang ahli PIBG setiap sekolah. Setiap sekolah menerima 50 buah kerusi. Pembahagian bantuan kerusi ini dapat menyelesaikan masalah kekurangan kerusi di sekolah-sekolah daerah Semporna. Dalam Ucapannya, YB Datuk Ramli Marhaban menegaskan bahawa beliau sangat mengambil perhatian yang serius terhadap perkembangan Pendidikan di Daerah Semporna. Beliau akan berusaha sedaya upaya untuk membantu para Guru Besar dan guru-guru bagi memenuhi keperluan pembelajaran anak-anak disekolah selagi beliau masih diperlukan. Beliau juga berharap agar Ahli-ahli PIBG dapat membantu pihak sekolah khasnya Guru Besar untuk mempastikan prestasi sekolah dalam semua bidang dapat dilonjakkan ketahap yang cemerlang setanding dengan sekolah-sekolah yang telah berjaya di daerah lain. 
Turut hadir dalam Majlis ini ialah En. Sani Paijo (Ketua Sektor SPS JPNS), En. Dzulkifli b. Hj. Ali Basha (Pegawai Pendidikan Daedrah Semporna) dan Para Pegawai dari PPDS.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan