Selamat Datang ke Blog MGB Semporna. "MGB Semporna, Bersatu Mendepani Cabaran, Mengungguli Perubahan".

Selasa, 20 Mac 2018

Hari ini Mesyuarat AJK MGB Daerah Semporna telah diadakan di Bilik Gerakan SABK Semporna dengan dihadiri oleh seramai 10 orang ahli termasuk YDP En. Isre B. Kabbulia. Dalam ucapannya, beliau berharap agar AJK MGBDS dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan membuat perancang program-program MGB yang berimpak tinggi mengikut Biro masing-masing.
Anatara perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah Program/Aktiviti MGB dalam membantu meningkatkan prestasi akademik sekolah-sekolah di Daerah Semporna, dan kewangan/ dana MGB. Tanpa kewangan/dana MGB tidak dapat melaksanakan aktiviti yang dirancang, sebab itu AJK MGB perlu berfikir dan bertindak mencari dan mengumpul dana melalui sumber-sumber terentu. Antaranya memohon sumbangan penajaan daripada  Pemimpin (YB) serta agensi lain kerajaan dan bukan kerjaan serta memohon peruntukan Program DTP dari PPD Semporna.
Dalam mesyuarat ini juga AJK telah bersetuju untuk menubuhkan Koperasi MGB. Dengan penubuhan Koperasi ini kelak MGB akan dapat mengumpul dana sendiri dalam jangka panjang dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumbangan luar.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan