Pada 7hb. Mac. 2018 bersamaan
hari Rabu, Majlis guru Besar Daerah Semporna telah mengadakan Mesyuarat Agung.
Mesyuarat Agung ini dipengerusikan oleh mantan YDP MGBDS En. Mohammad Said b.
Hj. Abd. Jalil. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada semua ahli MGB atas kerjasama yang telah diberikan
sepanjang beliau menjadi YDP MGBDS. Beliau berharap semoga MGBDS maju kehadapan
seiring dengan MGB lain di negeri Sabah.
Mesyuarat Agung dirasmikan oleh
En. Arman b. Abd Rahim, menyatakan bahawa hubungan MGBDS dengan PPDS boleh
diumpamakan seperti isi dengan kuku, irama dan lagu, perlu seiringan sekiranya
tidak maka pincanglah pengurusan pendidikan. Sokongan MGB dalam peningkatan
prestasi pendidikan daerah amat diperlukan. Ahli-ahli MGB yakni para Guru Besar
terlibat secara langsung dalam mengurus instruksional di sekolah. Mereka adalah
merupakan pemimpin khususnya pemimpin instruksional. Sebagai Pemimpin, guru
besar harus mempunyai perilaku yang boleh mempengaruhi orang lain.
En. Arman berharap semoga MGBDS
menjadi satu badan yang dapat menyatukan ahli-ahlinya supaya dapat bekerjasama padu
dalam memacu kecemerlangan pendikan Daerah Semporna.
Mesyuarat Agung ini juga bertujuan untuk memilih AJK MGBDS
bagi sesi 2018-2019. Pemilihan ini dikendalikan oleh En. Mokhsar dari Unit Pengurusan Sekolah PPDS dan En. Ibnu b. Jaani
Pegawai SIP+ PPDS dan bebrapa orang ahli jawatan kuasanya.
Keputusan
Pemilihan:
Setelah pengundian dan pengiraan selesai maka
keputusannya adalah seperti berikut:
JAWATAN
|
PENYANDANG
|
YANG
DIPERTUA MGB
|
ISRE B. HJ. KABBULIA
|
TIMBALAN
YDP MGB
|
AHMAT B. SAPIE
|
NAIB YANG DIPERTUA MGB
|
MUHAMMAD B. ISPAL
BAKNAN B. ALI LAMPONG
|
SETIAUSAHA
|
MOTAHAR B. HJ. JANANI
|
BENDAHARI
|
PAIRIN B. INTANG
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan