Hari ini Majlis Guru Besar Daerah Semporna telah melakukan khidmat sosial dengan memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran Kampung Air Semporna yang ditempatkan sementara di dewan Belia Daerah Semporna. Sumbangan itu telah disampaikan oleh En. Isre Hj, Kabbulia YDP MGBDS. Turut hadir dalam Majlis penyampaian sumbangan itu, En. Motahar b. Janani (Setiausaha MGB), En. Pairin b Intang (Bendahari MGB), Ust Hassan b. Mat, En. Ainal b. Abu Nawas dan En Budlaji b. Tianggi.
Jumaat, 3 Ogos 2018
Sabtu, 28 Julai 2018
Hari ini, Program Pecutan UPSR DTP 2.0 Sekolah-Sekolah Zon Pulau Bum-Bum Daerah Semporna telah dirasmi oleh En. Dzulkifli b. Hj. Ali Basha Pegawai Pendidikan Daerah Semporna berpusat di Sekolah Pusat Bum-Bum. Lapan buah sekolah di Zon Pulau Bum-Bum telah menyertai Program ini. Sekolah-sekolah berkenaan ialah SPSK Bum-Bum, Sk Balimbang, Sk. Labuan Haji, Sk. Sisipan, Sk. Egang-Egang, Sk. Hampalan, Sk. Tongkalloh dan Sk. Terusan Baru dengan bilangan murid tahun enam seramai 150 orang. Program ini adalah anjuran bersama MGBDS dan PPDS yang bertujuan untuk mempastikan prestasi UPSR sekolah-sekolah terlibat dapat dipertingkatkan dengan sekurang-kurangnya murid-murid terlibat memperolehi pencapaian tahap minima dalam UPSR tahun 2018 ini.
Perlaksanaan program ini, turut melibatkan penyertaan Alumni Pelajar-pelajar UMS yang berperanan sebagai pembimbing kepada murid-murid semasa mereka membuat aktiviti latihan menjawab soalan UPSR.
Selasa, 10 Julai 2018
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBH Dato' atas perkongsian yang sangat bermakna semoga ia menjadi panduan kepada ahli-ahli MGBDS yang hadir.
Ahad, 10 Jun 2018
Pada 5hb.06.2018, Majlis Guru Besar Negeri Sabah telah melakukan kunjungan hormat kepada Menteri Pendidikan dan Inovasi Negeri Sabah, YB Datuk Dr. Yusof. Rombongan diketuai oleh En. Yusof Minin YDP MGBNS dengan bilangan peserta seramai 33 orang yang teridiri daripada Exco/AJK MGB Negeri dan Daerah. MGB Daerah Semporna diwakili oleh En. Isre Hj. Kabbulia (YDP MGBDS), En. Motahar b. Janani (Setiausaha MGBDS) dan Tn Hj. Aziz b. Hj Wahab. Dalam kunjungan ini, wakil-wakil MGB Negeri dan Daerah telah menyuarakan berbagai masalah dan pandangan untuk kepentingan Pendidikan anak-anak Sabah. Antara yang telah dikemukakan ialah masalah kekurangan kemudahan prasarana sekolah terutamanya sekolah-sekolah luar bandar.
Isnin, 26 Mac 2018
Sabtu, 24 Mac 2018
Hari ini Majlis Perasmian Penyerahan Bantuan Kerusi ke sekolah-sekolah di daerah Semporna telah disempurnakan oleh YB Datuk Ramli B. Marhaban ADUN N54 Bugaya merangkap Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah. Majlis ini telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 400 orang yang terdiri dari Guru-Guru Besar bersama Para Penolong Kanan dan 3 orang ahli PIBG setiap sekolah. Setiap sekolah menerima 50 buah kerusi. Pembahagian bantuan kerusi ini dapat menyelesaikan masalah kekurangan kerusi di sekolah-sekolah daerah Semporna. Dalam Ucapannya, YB Datuk Ramli Marhaban menegaskan bahawa beliau sangat mengambil perhatian yang serius terhadap perkembangan Pendidikan di Daerah Semporna. Beliau akan berusaha sedaya upaya untuk membantu para Guru Besar dan guru-guru bagi memenuhi keperluan pembelajaran anak-anak disekolah selagi beliau masih diperlukan. Beliau juga berharap agar Ahli-ahli PIBG dapat membantu pihak sekolah khasnya Guru Besar untuk mempastikan prestasi sekolah dalam semua bidang dapat dilonjakkan ketahap yang cemerlang setanding dengan sekolah-sekolah yang telah berjaya di daerah lain.
Turut hadir dalam Majlis ini ialah En. Sani Paijo (Ketua Sektor SPS JPNS), En. Dzulkifli b. Hj. Ali Basha (Pegawai Pendidikan Daedrah Semporna) dan Para Pegawai dari PPDS.
Selasa, 20 Mac 2018
Hari ini Mesyuarat AJK MGB Daerah Semporna telah diadakan di Bilik Gerakan SABK Semporna dengan dihadiri oleh seramai 10 orang ahli termasuk YDP En. Isre B. Kabbulia. Dalam ucapannya, beliau berharap agar AJK MGBDS dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan membuat perancang program-program MGB yang berimpak tinggi mengikut Biro masing-masing.
Anatara perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah Program/Aktiviti MGB dalam membantu meningkatkan prestasi akademik sekolah-sekolah di Daerah Semporna, dan kewangan/ dana MGB. Tanpa kewangan/dana MGB tidak dapat melaksanakan aktiviti yang dirancang, sebab itu AJK MGB perlu berfikir dan bertindak mencari dan mengumpul dana melalui sumber-sumber terentu. Antaranya memohon sumbangan penajaan daripada Pemimpin (YB) serta agensi lain kerajaan dan bukan kerjaan serta memohon peruntukan Program DTP dari PPD Semporna.
Dalam mesyuarat ini juga AJK telah bersetuju untuk menubuhkan Koperasi MGB. Dengan penubuhan Koperasi ini kelak MGB akan dapat mengumpul dana sendiri dalam jangka panjang dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumbangan luar.
Dalam mesyuarat ini juga AJK telah bersetuju untuk menubuhkan Koperasi MGB. Dengan penubuhan Koperasi ini kelak MGB akan dapat mengumpul dana sendiri dalam jangka panjang dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumbangan luar.
Selasa, 13 Mac 2018
AHLI JAWATANKUASA MAJLIS GURU BESAR DAERAH SEMPORNA 2018-2019
Penaung : PENGARAH PENDIDIKAN SABAH
Lembaga Penasihat : 1. Pegawai Pendidikan Daerah Semporna.
2. En. Rukkan b. Hj. Madtarasan (Guru Besar Senior)
3. En. Abdasa b. Hj. Labuyu (Guru Besar Senior
Yang Dipertua : En. Isre b. Hj. Kabbulia
Tim. Yang Dipertua : En. Ahmat b. Sapie
Naib YDP 1 : En. Mohammad b. Ispal
2 : En. Baknan b. Ali Lampong
Setiausaha : En. Motahar @ Mohd Dara b. Janani
Penolong SU : En. Budlaji b. Tianggi
Bendahari : En Pairin b. Intang
1. Biro Pendidikan
1.1. Lamjani b. Hj Usul (ketua)
1.2. Mohd Firdaus @ Ong Yong Heng
1.3. Salasa b. Mohd Sabar
1.4. Bidin b. Hj. Abd. Rashid
2. Biro Agama
2.1. Hassan b. Mat (Keua)
2.2. Abdullah b. Hj. Hamzah
2.3. Hj. Abdul Salleh b. Musa
2.4. Hj. Ramli b. Saad
3. Biro Sukan
3.1. Kamul b. Kamaruddin (Ketua)
3.2. Aziz b. Paladi
3.3. Abd. Sie b. Damse
3.4. Ariffin b. Ujam
4. Biro Kebajikan
4.1. Abd. Sattah b. Hj. Abd. Rashid (Ketua)
4.2. Mariam bt. Ahmat
4.3. Alpiah b. Laja Ali
4.4. Hjh. Rusizah bt. Basiran
5. Biro Lawatan
5.1. Alkonso b. Hj. Salleh (Ketua)
5.2. Mohd Hussin b. Mosten
5.3. Hjh. Sabtiah bt. Hj. Lakim
6. Biro Publisiti dan Siaraya
6.1. Hj. Karim b. Hj. Ubah (Ketua)
6.2. Armi b. Hj. Salleh
6.3. Ainal b. Abu Nawas
6.4. Abd. Hasad b. Madisah
7. Biro Kebudayaan
7.1. Hj. Basir b. Marahil (Ketua)
7.2. Abd. Maid b. Hamzah
7.3. Osman b. Suhara
8. Tugas-Tugas Khas
8.1. Ustazah Nurwahida bt. Md Lazim
8.2. Hjh. Nusiah bt. Hinayat
8.3. Chuu Voon Loo
9. Juru Odit
9.1. Kahil b. Hj. Madtarasan (PT PPD)
9.2. Safurah (PT PPD)
9.3. Pn. Hjh Rusizah Basiran (GB Sk. Tanjung Kapor)
9.4. Chu Voon Loo (GB SJK(c) Nyuk Hwa)
Penaung : PENGARAH PENDIDIKAN SABAH
Lembaga Penasihat : 1. Pegawai Pendidikan Daerah Semporna.
2. En. Rukkan b. Hj. Madtarasan (Guru Besar Senior)
3. En. Abdasa b. Hj. Labuyu (Guru Besar Senior
Yang Dipertua : En. Isre b. Hj. Kabbulia
Tim. Yang Dipertua : En. Ahmat b. Sapie
Naib YDP 1 : En. Mohammad b. Ispal
2 : En. Baknan b. Ali Lampong
Setiausaha : En. Motahar @ Mohd Dara b. Janani
Penolong SU : En. Budlaji b. Tianggi
Bendahari : En Pairin b. Intang
1. Biro Pendidikan
1.1. Lamjani b. Hj Usul (ketua)
1.2. Mohd Firdaus @ Ong Yong Heng
1.3. Salasa b. Mohd Sabar
1.4. Bidin b. Hj. Abd. Rashid
2. Biro Agama
2.1. Hassan b. Mat (Keua)
2.2. Abdullah b. Hj. Hamzah
2.3. Hj. Abdul Salleh b. Musa
2.4. Hj. Ramli b. Saad
3. Biro Sukan
3.1. Kamul b. Kamaruddin (Ketua)
3.2. Aziz b. Paladi
3.3. Abd. Sie b. Damse
3.4. Ariffin b. Ujam
4. Biro Kebajikan
4.1. Abd. Sattah b. Hj. Abd. Rashid (Ketua)
4.2. Mariam bt. Ahmat
4.3. Alpiah b. Laja Ali
4.4. Hjh. Rusizah bt. Basiran
5. Biro Lawatan
5.1. Alkonso b. Hj. Salleh (Ketua)
5.2. Mohd Hussin b. Mosten
5.3. Hjh. Sabtiah bt. Hj. Lakim
6. Biro Publisiti dan Siaraya
6.1. Hj. Karim b. Hj. Ubah (Ketua)
6.2. Armi b. Hj. Salleh
6.3. Ainal b. Abu Nawas
6.4. Abd. Hasad b. Madisah
7. Biro Kebudayaan
7.1. Hj. Basir b. Marahil (Ketua)
7.2. Abd. Maid b. Hamzah
7.3. Osman b. Suhara
8. Tugas-Tugas Khas
8.1. Ustazah Nurwahida bt. Md Lazim
8.2. Hjh. Nusiah bt. Hinayat
8.3. Chuu Voon Loo
9. Juru Odit
9.1. Kahil b. Hj. Madtarasan (PT PPD)
9.2. Safurah (PT PPD)
9.3. Pn. Hjh Rusizah Basiran (GB Sk. Tanjung Kapor)
9.4. Chu Voon Loo (GB SJK(c) Nyuk Hwa)
Hari ini MGBDS mengadakan Mesyuarat pertamanya selepas terbentuknya AJK MGB sesi 2018-2019 dalam mesyuarat agung minggu lalu. Mesyuarat ini dihadiri 30 orang ahli MGB. Mesyuarat diadakan adalah bertujukan melengkapkan AJK MGB yang dipilih baru-baru ini iaitu untuk memilih dan melantik Jawatankuasa mengikut Biro. Setelah perbincangan dan kesepakatan diperolehi, maka jawatakuasa mengikut biro yang telah dipilih adalah seperti berikut:
1. Biro Pendidikan
1.1. Lamjani b. Hj Usul (ketua)
1.2. Mohd Firdaus @ Ong Yong Heng
1.3. Salasa b. Mohd Sabar
1.4. Bidin b. Hj. Abd. Rashid
2. Biro Agama
2.1. Hassan b. Mat (Keua)
2.2. Abdullah b. Hj. Hamzah
2.3. Hj. Abdul Salleh b. Musa
2.4. Hj. Ramli b. Saad
3. Biro Sukan
3.1. Kamul b. Kamaruddin (Ketua)
3.2. Aziz b. Paladi
3.3. Abd. Sie b. Damse
3.4. Ariffin b. Ujam
4. Biro Kebajikan
4.1. Abd. Sattah b. Hj. Abd. Rashid (Ketua)
4.2. Mariam bt. Ahmat
4.3. Alpiah b. Laja Ali
4.4. Hjh. Rusizah bt. Basiran
5. Biro Lawatan
5.1. Alkonso b. Hj. Salleh (Ketua)
5.2. Mohd Hussin b. Mosten
5.3. Hjh. Sabtiah bt. Hj. Lakim
6. Biro Publisiti dan Siaraya
6.1. Hj. Karim b. Hj. Ubah (Ketua)
6.2. Armi b. Hj. Salleh
6.3. Ainal b. Abu Nawas
6.4. Abd. Hasad b. Madisah
7. Biro Kebudayaan
7.1. Hj. Basir b. Marahil (Ketua)
7.2. Abd. Maid b. Hamzah
7.3. Osman b. Suhara
8. Tugas-Tugas Khas
8.1. Ustazah Nurwahida bt. Md Lazim
8.2. Hjh. Nusiah bt. Hinayat
8.3. Chuu Voon Loo
9. Juru Odit
9.1. Kahil b. Hj. Madtarasan (PT PPD)
9.2. Safurah (PT PPD)
9.3. Pn. Hjh Rusizah Basiran (GB Sk. Tanjung Kapor)
9.4. Chu Voon Loo (GB SJK(c) Nyuk Hwa)
Selain daripada perlantikan jawatankuasa biro, dalam mesyuarat ini juga telah diadakan pembentangan takwim dan program bagi tahun 2018. Mesyuarat ini ditangguhkan pada pukul 12.05pm.
Khamis, 8 Mac 2018
Pada 7hb. Mac. 2018 bersamaan
hari Rabu, Majlis guru Besar Daerah Semporna telah mengadakan Mesyuarat Agung.
Mesyuarat Agung ini dipengerusikan oleh mantan YDP MGBDS En. Mohammad Said b.
Hj. Abd. Jalil. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada semua ahli MGB atas kerjasama yang telah diberikan
sepanjang beliau menjadi YDP MGBDS. Beliau berharap semoga MGBDS maju kehadapan
seiring dengan MGB lain di negeri Sabah.
Mesyuarat Agung dirasmikan oleh
En. Arman b. Abd Rahim, menyatakan bahawa hubungan MGBDS dengan PPDS boleh
diumpamakan seperti isi dengan kuku, irama dan lagu, perlu seiringan sekiranya
tidak maka pincanglah pengurusan pendidikan. Sokongan MGB dalam peningkatan
prestasi pendidikan daerah amat diperlukan. Ahli-ahli MGB yakni para Guru Besar
terlibat secara langsung dalam mengurus instruksional di sekolah. Mereka adalah
merupakan pemimpin khususnya pemimpin instruksional. Sebagai Pemimpin, guru
besar harus mempunyai perilaku yang boleh mempengaruhi orang lain.
En. Arman berharap semoga MGBDS
menjadi satu badan yang dapat menyatukan ahli-ahlinya supaya dapat bekerjasama padu
dalam memacu kecemerlangan pendikan Daerah Semporna.
Mesyuarat Agung ini juga bertujuan untuk memilih AJK MGBDS
bagi sesi 2018-2019. Pemilihan ini dikendalikan oleh En. Mokhsar dari Unit Pengurusan Sekolah PPDS dan En. Ibnu b. Jaani
Pegawai SIP+ PPDS dan bebrapa orang ahli jawatan kuasanya.
Keputusan
Pemilihan:
Setelah pengundian dan pengiraan selesai maka
keputusannya adalah seperti berikut:
JAWATAN
|
PENYANDANG
|
YANG
DIPERTUA MGB
|
ISRE B. HJ. KABBULIA
|
TIMBALAN
YDP MGB
|
AHMAT B. SAPIE
|
NAIB YANG DIPERTUA MGB
|
MUHAMMAD B. ISPAL
BAKNAN B. ALI LAMPONG
|
SETIAUSAHA
|
MOTAHAR B. HJ. JANANI
|
BENDAHARI
|
PAIRIN B. INTANG
|
Selasa, 27 Februari 2018
Pada 27h.Feb 2018. MGB telah mengadakan Majlis Makan Malam dan Santai Karaoke bagi meraikan kedatangan rombongan MGB Daerah Beluran yang telah mengadakan lawatan Penandarasan perlaksanaan kelas LINUS dan Pemulihan ke sekolah HUMANA di Kg Hidayat, Sk. Balimbang dan Sk. Kg Simunul Semporna.
Majlis makan malam ini diadakan di Sk. Pekan Semporna. Turut hadir dalam Majlis makan malam ini En. Dzulkifli Hj. Ali Basha (PPD Semporna), Tetamu kehormat Tn Hj. Raduan B. Hj. Abd Rahman (PPD Kunak), En. Ibnu Hj. Jaani (Pegawai SIP+) dan beberapa orang pegawai dari PPD Semporna.
Majlis ini berakhir pada pukul 11.00pm
Khamis, 22 Februari 2018
Mesyuarat Majlis Guru Besar Daerah Semporna Bil, 1/2018 telah diadakan pada hari ini 22hb.03.2018 bermula pada pukul 9.00am hingga 11.00am bertempat di Bilik Gerakan SABK, Semporna.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YDP MGBDS, En. Mohd Said Bin Hj. Abd Jalil.
Antara perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ini, ialah sambutan Lawatan MGB Daerah Beluran dan penetapan tarikh mengadakan Mesyuarat Agung dan pemilihan AJK MGBDS bagi sesi 2018 - 2020. Sidang telah bersetuju bahawa tarikh Mesyuarat Agung ialah pada 10hb.03.2018.
Sabtu, 10 Februari 2018
Hari ini Perlawanan Persahabatan Badminton antara Pejabat Pendidikan Daerah Semporna dengan Majlis Guru Besar Daerah Semporna telah diadakan di dewan Marin Semporna.
Perlawanan ini bermula pada jam 7.00 hingga 9.00 pm.
Objektif perlawanan, disamping sebagai riadah untuk kesihatan, ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pegawai-pegawai di PPDS dengan guru-guru besar yang terlibat. Disamping bermain, mereka berkesempatan mengadakan perbincangan dan berkongsi idea berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
En. Borhan (Ketua Unit Peperiksaan), En. Azaman, En Jeferen, En. Jasmie, Ust. Mohd Ali, Ust Khairi dan En Kahil. Manakala pasukan MGBDS diwakili oleh En. Motahar (SU MGBDS. yang juga GB SP.SK. Bum-Bum), En. Baknan (GB Sk. Tampi-Tampi), En Abd Sie (GB Sk. Sisipan), En. Arifin (GB Sk. Denawan), Ust Hassan Mat (GB Sk. Mabul) dan pemain jemputan terdiri dari Penolong-Penolong kanan iaitu En. Lakim (PK SP.SK. Bum-Bum), En Zakariah (PK. Sk. Sisipan), En. Muchtar (Pk. Sk. Tampi-Tampi), En Lawaddin (Pk. Sk. Tongkalloh dan En Jaafar Payasan Pk. Tingkatan 6 SMK. Bum-Bum).
Khamis, 25 Januari 2018
Mesyuarat EXCO MGB Negeri Sabah Bil. 1/2018
Pada hari ini, YDP MGB Daerah Semporna En. Mohd Said b. Hj. Abd. Jalil menghadiri Mesyuarat EXCO MGB NEGERI SABAH BIL.1/2018, di Bilik Gerakan Sk. Pekan Putatan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tn. Hj. Yusof bin Minin, Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pegawai Perhubungan MGBNS En. Junaidi Yunus (Penolong Pengarah SPS)
Selasa, 23 Januari 2018
Konvokesyen MGB NS
MGB Semporna telah menghadiri majlis Konvokesyen MGB Negri Sabah pada 26 - 27 November 2017. Majlis ini berlangsung di Hotel Platinum Lintas, Kota Kinabalu.
Majlis Jasamu DIkenang
Pada 24 November 2017, telah diadakan Majlis Jasamu Dikenang bertempat di Dewan Sambili Seafest. Majlis ini bertujuan untuk meraikan Guru Besar yang bersara pada tahun 2017.
Langgan:
Catatan (Atom)